Wednesday, January 12, 2011

detik AJL


dah lama tak update blog
dah setahunnnn :P hehe

fuhhhh. *tiup2 habuk dekat blog*

kecoh sana sini semua org sibuk bercakap tentang AJL25 yang baru lepas
and me?
tanak cakap banyak lah. sebab malas dah nak bising

neway among the interesting things yang terjadi malam itu

opening AJL 25 memang mantap...dengan francisca peter, nash sume.. oiyai memang meremang gilaaa. :)

and then Yuna with her Cinta Sempurna. memang sempurna sangat kot. mendayu2. dengan arrangement lagunya lagi. serious. kalau jadi juara, memang la patuttttt :) oopss :P cuma kesian kot yuna takde proper piano yang sesuai dgn dia pada malam itu

then suka jugak dengan persembahan API, black, bunkface....

and of course lah. being bias, from faizal :)

selamat malam mengambil giliran ke 8. memang berdebar sangat. and managed to stand up masa boss perform :) cuma saya sedikit blur masa lakonan sebabak tu :P ngehehe :P
but then again suara boss memang tak pernah mengecewakan :)
cuma terasa lagi mendayu masa boss dendangkan selamat malam ketika AIM tahun lepas. sungguh the bomb!

hanyut - memang personally my favourite song. sebabnya, the first time dengar cd adrenalin tu, memang dah terus fall in love with hanyut.
dan personally juga untuk saya, untuk telinga saya... hanyut sudah menghampiri perfection pada malam itu.. dengan feel faizal, dengan vocal dia. dengan gimmick dia. dengan music arrangement. memang sampai mata ku berair saat mendengar lagu itu...
pada saya hanyut malam itu memang sungguh menghanyutkan.. can imagine kak anim sama2 hanyut dgr her beloved hubby mendendangkan lagu itu :) ngeee :)
dan jantung bagaikan terhenti sesaat bila tgk boss melompat turun..wpun tau cuma gimmick :) heee.

memang saya tak nafikan saya mengharap hanyut dinobatkan sebagai juara. bagi saya lirik hanyut memang mantap. tambah pulak dengan intro hanyut. memang different
tapi apakan daya. saya bukan seorang professional kan...saya memang akui saya peminat faizal. tapi kalau pun bukan faizal yang layak untuk diangkat sebagai juara pada malam itu, saya memilih yuna..

memang kami berharap sebenarnya boss menang.. kami melompat sama2 bila boss menang persembahan terbaik, dan seperti kebiasaan, kami bertakafur memegang tangan masing2 saat juara diumumkan..tapi memang turn off gila la bila lagu tu diumumkan juara. no offense k..

tapi memang majoriti semuanya bangun dan terus keluar hall. serious. mcm terkejut jugak la..

memang masa itu saya terasa macam nak nanges sangat.. memang serious suara saya pn dah jadi mcm menggeletar...
ye, saya superemo.. kenapa?
sebab saya tahu betapa strugglenya dia untuk ini. he put so much effort in it, dan saya tahu pasti ada walau sedikit pun di hati beliau untuk diangkat sebagai juara *mungkin saya tipu. hehe*

but i know he worked so hard for this. sebab itu saya sedih, saya kecewa. sampai syurga, beliau juara kategori balada. bencinta tahun lepas, dpt no 3, dan ketika itu beliau masih sakit :( dan tahun ini, memang tiada rezeki.
saya terima. cuma masih terkilan.
kerana apa? sila semak senarai juri, dan sila semak siapa di sebalik semua itu yang involve with AR band? macam tak professional je kan kalau amik orang yang involve with the band. kalau mcm itu baik amik Genervie, abg Ritz, Jenk, abg Kelly jadik jury. kan :)

anyway saya sudah okay sekarang. *tu pun setelah beberapa hari meroyan, dan menerima special messages dari org tertentu...dan mereka katakan bahawa boss kami okay saja. he's cool with it, dan orang itu mahukan kami supaya be strong untuk boss. maka saya sambut cabaran itu...woot woot!!*

saya terima memang ini rezeki AR. tahniah :) dan saya berpuassss hati sangat2 dengan show superhero kami malam itu. memang the best!! u rock bosss!! serious memang gempak bila boss terjun! hehe. u amazed us all boss, sampai kami menitik air mata dengar hanyut n selamat malam. bagi kami, u are our real winner. hanyut memang near perfection! :)

oh malam itu jugak, kami berselisih kereta dengan boss. after AJL tu, me, efie, mama, tyra went lepak with daddy J and friend. kemudian on the way back, ada si putih memotong onit :) then kami kejar sambil nervous2 ni :P then dapat beriring, saya buka tingkap and lambai boss :)

kemudian boss pn slow down, and at the simpang, boss lambai balik :)

terima kasih boss kerana menghiburkan kami malam itu,. kami memang masih kecewa, tapi berat mata memandang lagi berat bahu boss n the royal force and team memikul kan? semoga akan hilang semua kekecewaan, akan dtg semangat baru untuk kita semua.. dan saya salute boss, kerana sungguh positive despite of..... *takleh ckp, too private*
saya salute boss untuk itu. in fact u worked real hard for hanyut. saya tabik toink2 kat boss!!

untuk boss, may all your good work be acknowledged one day. if not, just by your fans pun ok kan :) kami sayang anda, kami salute anda, kami akan sentiasa di sini untuk anda. no doubt, u can always depend on us to rock all yr shows okay. its a deal, mcm yang saya janjikan dulu :)
even when half of the world criticized u and doubt u, just remmber that u have yr beautiful family, team and us with u always. ure a good person ahmad faizal, sebab itu kami bersama mu :)

No comments: