Wednesday, February 17, 2010

maaf ku pinta



entry ini sedikit panjang. jangan baca kalau tak nak.

ive got to come clean. before i sit for my final, before sy menjejakkan kaki ke tanah suci in few months time insyaAllah.

untuk someone yang pernah bergelar sahabat. yang pernah menjadi teman rapat. yang agak rapat. yang memang rapat lah sebenarnya. teman yang pernah buat aku senyum bila aku hampir menangis. teman yang bagi aku harapan, bila aku rasa dunia ni dah jadi gelap.

terima kasih, sebab pernah buat aku tersenyum gembira
terima kasih sebab pernah bagi semangat untuk aku, suruh aku belajar rajin2, suruh aku jangan putus asa. sebab pernah kisahkan aku dalam hidup kau.
aku bersyukur sebab Allah kurniakan kau dalam hidup aku, pada saat dan ketika yang aku memang perlukan bimbingan. u've made me realize about the greater things in life. terima kasih.

walaupun sekejap je friendship kita ni, tapi tak tahu lah kenapa kan. macam berbekas di hati. macam buat aku terkenang-kenang. biasa lah kan, bila kita kehilangan orang yang pernah rapat dalam hati kita, rasa macam janggal, buat kita terkenang-kenang semua lah. itulah aku, bila kau pergi tanpa pesan.

aku jadi susah hati. mula-mula aku ingat kau sakit. sebab tiba-tiba kau senyap tanpa berita, dalam hati mestilah risau. kalau betul-betul kau sakit, mesti sedih. tapi setelah berhari-hari tiada berita, aku cuba untuk get back to you. tapi nada suara macam sihat sangat, dan bunyi suara yang macam orang kata tak berapa sudi nak bercakap. jadi aku malu sendiri.
that was the last time i ever heard from you. selepas itu tiada lagi

from days, it has gone to weeks, months. kosong. tiada apa-apa. walaupun sepatah kata, tetap tiada. pelik bila manusia memang senang berubah. sesenang itu seseorang manusia boleh berubah, sekelip mata. takde angin, takde ribut. terus berubah, macam orang yang hilang ingatan. sesenang itu boleh lupakan seseorang. memang hebatlah kan.
kalau seorang kawan boleh berubah macam tu, maknanya mungkin value friendship aku pada dia takde makna apa-apa. maka sia-sialah semua yang pernah disacrifice kan for the sake of this friendship

sebab hakikat yang nilai persahabatan aku pada kau, takde apa-apa makna. dulu, konon kau kisahkan aku. sekarang, sepicing ingatan pun kau tiada pada aku. kau buat aku bangun dari mimpi yang dulu, dan bila saat aku hampir boleh berdiri, kau buat aku jatuh lagi. sakit tahu? pasti kau tak tahu. sebab kau orangnya baik, orangnya cukup sempurna, tak mungkin layak untuk aku jadikan teman.

aku cuba untuk maafkan kau. walaupun aku tahu hakikatnya, ini bukan salah siapa2, sebab terpulang pada individu untul decide to stay friends with someone or not. tapi aku tetap terkilan. terkilan sebab sejauh ni kau drag aku, and lepas tu kau biar, buat-buat macam aku tak pernah wujud, nice... i know uve been avoiding me. sebab untuk share a few mutual friends di alam maya pun kau tak sudi, fine oh fine.
kau macam budak-budak, yang pernah aku sayang, dan aku benci.

sampai hari ni, aku cuba cari jalan yang paling baik untuk lupakan semuanya. seolah-olah macam kita tak pernah jumpa, tak pernah kenal, tak pernah dengar suara kau. sebab aku benci. bila orang yang baik dengan aku boleh turn over a new leaf dlm sekelip mata. tanpa kata-kata. sampai hari ni, aku belum boleh maafkan kau dengan seikhlas hati, aku cuba. pasti akan cuba. dan akan terus mencuba lagi.

aku tak tahu kenapa perlu tulis macam ni hari ni. padahal aku janji sudah mahu lupakan. tapi aku cuma manusia, aku bukan macam kau yang boleh lupakan semuanya. kau memang hebat, sebab sedikit pun kau sudah tidak pedulikan aku. tiada langsung agaknya ruang di hati kau untuk aku. pelik kan.

aku cuba speculate macam-macam benda tentang perubahan kau. dan konklusi yang aku dapatkan tetap sama. cuma aku cukup terkilan. sebab uve started all this. u shouldve not gone anywhere near me in the first place, tahu?

kau cakap dulu, kau tak suka main2 kan perasaan orang, kalau tak nak terus terang. nice oh nice. what have you done now. and ive come to believe that you are a good person. manusia oh manusia
apa-apa pun. terima kasih. aku jugak minta maaf atas semua dosa aku. aku banyak dosa, aku mengaku. aku berdosa sebab cakap pada kawan2 aku kau dah mati. memang bagi aku kau dah lama mati, cuma tanpa kubur. biarlah. satu hari nanti, pasti hikmahnya akan nampak jelas. cuma aku harap. kau tak ulang lagi apa yang telah kau buat pada aku kepada orang lain. jangan sampai kau ulang lagi.

aku harap kau bahagia. aku harap kau sihat sejahtera. aku harap kau sentiasa dalam lindungan-Nya sebab sebagaimana sakit pun aku kau buat, aku masih mampu untuk ingat kau.
jangan cuba datang balik pada aku, sebab aku takut dalam diri aku yang tidak sempurna ni, masih ada rasa dendam. dan aku cuba untuk tidak berdendam walaupun payah.

mungkin sebenarnya saat ini, aku rindukan kau. rindu kenapa? aku pun tak tahu. tapi selagi aku manusia, selagi aku masih bernafas, aku tahu sebenarnya aku takkan mampu untuk erase semua yang pernah aku lalui. pengalaman pasti akan mematangkan, bukan?

terima kasih mar, for all the memories weve shared. walaupun tak banyak mana. but u were there satu ketika dahulu. i am sorry for all my wrongdoings, for all my imperfections. u have caused me so much pain, and i think u should know that. because what u did to me, was nothing to be proud of. satu hari nanti, semoga aku mampu untuk memaafkan, tanpa ada rasa dendam.
semoga satu hari nanti, kau akan bisa menjadi seorang yang matang, dan satu ketika nanti baru kau akan tahu betapa sakitnya aku.

ps : layan lagu FT jommm :)

No comments: