kali ni entry yg berfaedah la. harapnye.
InsyaAllah. :)
sempena bulan syaaban
mari kita belajar sikit2 pasal kelebihan bulan syaaban
semoga kita semua dapat improve diri sendiri.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata:
Rasulullah bersabda:
“Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
“Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan“,
bermaksud :
“Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan
Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.”
Allah mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan Syaaban dengan amal ibadat.
Allah mengangkat amalan semua hambaNya pada bulan ini
orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat.
taubatnya diterima, juga terselamat dari bencana yang berlaku pada tahun itu.
Amalan yang diwajarkan dalam bulan Syaaban:
1) memperbanyakkan puasa sunat
"Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pada pertengahannya, dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat pahala untuknya seperti pahala 70 nabi dan seperti beribadat 70 tahun, dan apabila dia mati pada tahun itu, maka matinya seperti orang syahid."
-Jika berpuasa sehari pada bulan Syaaban, akan diharamkan tubuhnya dari api neraka.
-Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya sakaratulmaut, dan terlepas dari kegelapan dalam kubur, dilepaskan dari huru hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat, dan diwajibkan syurga baginya.
-Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis, dimasukkannya dalam syurga.
2) Perbanyakkan doa, zikir dan selawat kepada Rasululullah S.A.W
"Sabda Nabi yang bermaksud:
Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah akan mengampuni segala dosanya, dan menyelematkannya dari segala bencana dan penyakit pada tahun tersebut.
3) Bertaubat
Malam Nisfu Syaaban
Malam 15 Syaaban, juga dikenali sebagai malam nisfu Syaaban - malam ini malam yang penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
Hari Nisfu Syaaban ialah hari di mana buku catatn amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib.
Selepas Solat Maghrib,
solat sunat Nisfu Syaaban
Bacaan Yassin 3x selepas solat Maghrib
-Bacaan Yassin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
-Bacaan Yassin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
-Bacaan Yassin ketiga : mohon ditetapkan Iman, dan mati dalam Islam serta dikurniakan pasangan yang baik
Surah Al-Ikhlas 1000x
Berpuasa di siangnya
Allah akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kecuali kepada 6 golongan :
1)orang yang kekal minum arak
2)orang yang derhaka kepada ibu bapa
3)orang yang kekal dalam zina
4)orang yang banyak berkelahi
5)orang yang melakukan perjualan dengan sumpah dusta
6)orang yang melagakan orang lain supaya berkelahi
semoga kita sama-sama renungkan diri sendiri dan cuba memperbaiki diri
siapa tahu kalau-kalau kita tak sempat sampai hingga ke Syaaban yang akan datang..
bimbinglah aku Ya-Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah.






No comments:
Post a Comment