Friday, April 5, 2013

One

Bismillahirrahmanirrahim..
It's friday already. Subhanallah. Cepat sgt masa pergi. Now tinggal hari terakhir sebagai single lady.

Ya Allah andai takdir ini yg terbaik buat kami, Kau kuatkan lah keimanan kami melalui pernikahan ini.

Ya Allah, andai takdir ini takdir terbaik untuk kami dunia dan akhirat, satukan lah hati kami sehingga kami meraih syurga Mu

Ya Allah, andai dia lelaki terbaik untukku.. Tenangkan hati ku. Permudahkan majlis pernikahan kami.. Tenangkan hatinya sewaktu lafaz akad nanti.

Ya Allah, aku ingin syurgaMu. Andai pernikahan ini mampu mendekatkan aku kepada Mu. Tentu aku redha. Aku mohon rasa cinta buat suamiku bukan setahun dua, aku mohon rasa cinta seperti cintanya Khadijah terhadap Rasulullah SAW. Biarlah ini pernikahan pertama dan terakhir kami ya Allah.

Ya Allah, aku tahu dugaan dari Mu takkan putus mendatang kerana dugaan itu penguat iman. Aku mohon jangan kau renggangkan hati kami, satukan kami tika susah dan senang

Ya Allah, jadikanlah aku seorang isteri yg bakal menyenangkan hatinya, jadikanlah aku isteri yg sentiasa mendapat redha suami, jadikanlah aku yang terbaik untuknya selepas Kau dan Rasulullah.

Ya Allah, esok aku bakal dinikahkan oleh ayahanda ku. Aku mohon berkatilah dan berilah redha Mu. Aku mohon pernikahan ini membawa kami ke syurga Mu. Kurniakan lah kami sebuah keluarga sakinah.

Ameen

a very anxious bride to be.

No comments: