Wednesday, March 20, 2013

The anxiety disorder

Hello..
Assalamualaikum

It is now almost three quarter of the month has passed by. Meaning i am now so close to my own wedding. My really own wedding. The one ive been dreaming of ever since i was a kid.
Kecik2 dulu berangan nk kahwin dgn anak raja. Berangan nak kahwin dgn celebrity. Berangan nak pakai wedding gown. Berangan nak pakai veil panjang2. Those were the days.

And now that i am so close to it. I think i kinda freak out. Im soooo anxious! There r soooo many things to be done. Things to be settled. Pengisian hati rasa mcm belum cukup. Its just so.....nerve wrecking i guess.

The one day where your life changes. Kepada puan. The responsibility you carry. Bertambah ahli keluarga. Now dosa pahala semua beralih pada sang suami. Goshhh.. Kalau fikir2 memang tak tidur malam. Huhu

And no. Tak kahwin dengan anak raja pun. Hehe.

All these while ive been reading people having wedding jitters. Now it is happening to me. Berdebar2 jantung ni bila fikir it is coming nearer and nearer...and nearer....

All i can do.. Is prat that Allah SWT bless this marriage. Bless both of us dgn kasih sayang dan rasa cinta. Ya Allah pupuklah kasih syg di antara kami setelah kami sah menjadi suami isteri nanti. Amin :')

Jujur saya katakan actually saya pun x berapa kenal sedalam dalamnya tentang bakal suami. Sebabnya memang we started off as friend. Tp jarak kami tak memungkinkan kami utk selalu bertemu. Kerja kami requires a lot of attention to it thus jarang ingt masa kerja. But when im off work, pasti ada rasa rindu. Tapi nak layan rindu lebih2 pun segan dgn bakal suami. Bahahaha.

Tak pernah pegang tangan. Pernah tersentuh. Tp tak pernah betul2 hold hands as in our hands entwined together. Pernah sentuh bahu yg berlapik baju. Maafkan ketelanjuran saya. Huhu. So buat saya makin nervous. To think that i have to hold his hand and salam and cium tangan sang suami nanti buat hati rasa sgt cuak. Hahaha

To think that we have decided to begin our life. Our family with each other for the rest of our lives is something i never imagined before. But kuasa Allah. Hati kita Allah yang punya.

Semoga Allah satukan hati kami dalam ikatan yg suci. Semoga redha Allah sentiasa memayungi kami. Semoga saya mampu taat, patuh, menyayangi, menjaga hati, menyenangkan hati suami satu hari nanti. Semoga juga sang suami akan turut mengasihi menyayangi membimbing seikhlas hati kerana Allah. Semoga saja kedua2 keluarga akan terjalin ukhwah. Semoga kami akan bersama sehingga akhirnya ke jannah.

Bukan tak pernah ada ragu. Pasti ada sebab takdir ketentuan semuanya samar2. Rahsia Allah. Tapi yakinlah hati pada seorang lelaki yg in shaa Allah tak pernah melupakan Nya. Semoga lelaki itu jalan terbaik untukku.

All the preparations 95% done. Surat kebenaran nikah. Hantaran. Pelamin. Baju. Invitation. Banyak lah bendanya. Alhamdulillah i have one understanding family.

Bilamana kakak saya whatsapp me that she feels sad that her youngest sissy is nw getting married. I cried. She said she cried while doing umrah with me dulu in front of kaabah cz at that moment i was hurt pretty bad. Now gone are the days. I just want to love a rightful man. In shaa Allah in 2 weeks time. Akan datang lelaki itu dalam hidup saya.


Ya Allah. Aku mohon berkat Mu. Aku mohon redha Mu. Aku mohon petunjuk Mu. Aku mohon Kau lindungi aku dari bisikan syaitan yg mampu menimbulkan ragu. Aku mohon hati yang bersih untuk kami meraih cinta Mu. Aku mohon kelancaran majlis kami. Aku mohon senangkanlah hati kedua ibu bapa kami dan seluruh keluarga kami dengan penyatuan kami. Aku mohon hapuskanlah segala duka terdahulu dan hadirkanlah kebahagiaan buat kami. Aku mohon kesetiaan. Aku mohon kekuatan. Aku mohon zuriat penyambung kasih sayang dan penyambung umat Muhammad. Aku mohon cinta ini untuk bersatu sehingga akhir hayat kami. Ya Allah hanya Engkau Maha tahu apa ada dalam hatiku maka sembuhkanlah dan permudahkanlah.

Amin

Buat lelaki itu.. Terima kasih kerana sudi menerima diriku yg terlalu banyak cacat cela. Tenanglah hati. Semoga cinta datang satu hari nanti. :')

No comments: