its been sooo long ya since i updated this blog
heee. i can just pictur how it will look like in the next few days
makin tak berupdate lah kan :p heee
i am now in the middle of my kursus induksi untuk pegawai perubatan latihan siswazah
kat kl saja..
huhh. sangat hectic lah
sebabnya, baru saja pulang dari Al-Haram., terpaksa pula gagahkan diri ke sini untuk berinduksi
Alhamdulillah, sudah selamat pulang dari umrah. landed safely in Malaysia hari sabtu hari tu pada pukul 3pm? *dah lupe, nyanyuk sangat*
everything went well there, Alhamdulillah
sangat merindui kota Madinah, Mekah and bandar Jeddah yang cantik
i missed it soooo much.
maybe sebab dulu pergi sana masa masih kecil, so kali ni pergi lebih seronok. baru terasa feel orang cakap :)
saya sehat2 saja di sana, cuma ada nose bleed and a bit of hemoptysis, might be because of the hot weather there, and berangin. angin die panas, kering. itu yang buat berdarah tekak tu ;p hee
besides that everything else went well.. :) syukur
spent 4 days in madinah. oh rinduuu sangat dekat masjid nabawi. rindukan raudhah. rindukan penjaga masjid yang strict gile kat depan pintu masuk masjid ;p
rindu suasana havoc and chaotic depan masjid bila semua peniaga2 sibuk menjaja and promote barang masing2 siap bernyanyi2 sambil lambung2 jubah :D heee~
rindukan air laban perisa strawbery. rindukan roti canai keras, hee ;p
rindu nak minum air zam zam chilled dalam masjid. oh rinduuu. rinduuu nak solat jenazah berjemaah hari2 di sana
Alhamdulillah, Mekah pun saya rinduuuu sangat. mestilah rindu. sepanjang perjalanan dari Madinah to Mekah, dalam bus tu. saya sudah terkenang kenangkan Kaabah, yang kali terakhir saya lihat 11 tahun yang lepas. berdebar nak jejakkan kaki ke tanah haram kali ni.
al maklum, usia meningkat, dosa pun makin banyak. Alhamdulillah tiada dugaan hebat untuk saya. yang ada cuma kecil-kecil, dan rasanya tak perlu cerita di sini.
seronok bertawaf di Baitullah bersama kakak2, emak dan abah. seronok bersaie 7 kali sambil memerhati ragam manusia dari segenap negara, bersatu untuk agama Islam
saya bertemu beberapa jemaah di Mekah, yang cerita mereka cukup menginsafkan saya, dan membuatkan saya bersyukur. terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk saya. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
manusia memang sangat ramai, penuhhhh sangat Masjidil Haram. kalau nak tawaf sunat lepas maghrib lagi lah ramai, but Alhamdulillah ada jugak spot untuk kami bertawaf bersama-sama.
Alhamdulillah murah rezeki, dapat solat di hijir ismail, cuba sedaya upaya untuk mengucup hajarul aswad, tapi tetap gagal kerana manusia berasak-asak dan bertolak-tolak sehingga saya yang tak berapa nak besar ni terpelanting ke belakang. maka tak dapatlah mengucup batu dari syurga itu.. tak de rezeki lagi. mungkin satu hari nanti ya? :)
rindukan suasana dalam masjid. yang penuh dengan pelbagai bangsa, berbagai bagai ragam manusia.. rindukan bacaan imamnya yang mendayu dayu..
cuaca Mekah terik, tapi mungkin tidak seterik Madinah.. tapi yang paling mengagumkan, walaupun cuaca panas di sana, tapi saat sujud di lantai Kaabah, lantai itu sejuk. tidak hangat walau sedikit pun. Allah Maha Besar, inilah bukti kekuasaanNya
tapi Mekah sudah berbeza from the last time i remembered. Mekah sedang dalam pembangunan yang sangat dahsyat. Ustaz yang menjadi tour guide tu pun cakap, ini tanda tanda akhir zaman. Bangunan pencakar langit sudah ada di sana, megah berdiri betul2 di sebelah MasjidilHaram. nauzubillah. menara tertinggi di dunia, if im not mistaken, yang membuatkan masjid Nya tampak kecil. looks like they are trying to commercialize Mekah. Semoga Allah lindungi semua umat Islam. Amin
ziarah di Mekah, tempat paling saya tunggu2....cuba teka?? hee ;p Jabal Rahmah, also known as bukit jodoh *coughs* where the history relates back to Adam dan Hawa. di Jabal Rahmah lah tempat pertemuan mereka di dunia setelah beratus tahun terpisah, hence, the place is synonymly has been related to jodoh. maka berdoalah saya di sana, mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri, untuk rakan2, untuk kesejahteraan rumah tangga mereka yang saya sayang
tawaf selamat tinggal, saya laksanakan selepas solat jumaat, pertama kali saya lihat seramai itu manusia yang memenuhi kawasan masjid..sehingga rasa pening2 lalat sebab tak pernah tengok jemaah seramai itu. sebabnya makin ramai ke sana sempena bulan Rejab, dan selepas ini Syaaban dan insyaAllah Ramadhan. oh sebak sungguh sewaktu mengucapkan selamat tinggal kepada rumah Allah itu. semoga dimurahkan rezeki saya untuk berkunjung berkali kali lagi ke sana untuk ibadah haji dan umrah. Amin InsyaAllah
bandar Jeddah pula, sangaaattt cantik. kami singgah seketika, seperti ziarah yang sebelumnya ke masjid terapung menyaksikan laut merah.. sungguh cantik bandar Jeddah. patutnya umrah trip perlu includekan a night stay in Jeddah. the city is soooo cantik :)
Alhamdulillah, termakbul juga hajat saya tahun ini untuk berkunjung ke sana, terima kasih abah dan mak :) terima kasih berbanyak2... yang istimewanya, ulang tahun ke 24, saya raikan di tanah suci, satu kenangan yang saya akan ingat sehingga ke akhir nafas saya. sungguh sebak dapat meraikan hari itu di sisi sang Pencipta :) hadiah paling istimewa dalam hidup saya. seawal pagi, sudah receive text dari mereka yang mengingati saya, kemudian received a text frm abah saying happy birthday, dan doa padanya untuk saya semasa Solat Subuh di MasjidilHaram. semoga Allah makbulkan nya. Amin
seawal pagi air mata saya tak henti2 mengalir pada tarikh 17 jun, terlalu sebak dan hiba. saya yang penuh dengan keuzuran dan dosa, terasa sungguh kecil di sisi Dia
saya rindukan ketenangan di sana. rinduuuu dan tersangatt rindu. so, siapa2 yang dah mampu, saya sarankan pergilah ke sana, dan rasai nikmat berada di sana, sementara badan masih sihat, sementara masih ada kelapangan...
semoga ibadah kami semua diterima oleh Nya.
dan Alhamdulillah, saya sudah dapat kerja di sebuah hospital. semoga Allah berikan saya kekuatan yang tak terhingga untuk terus berjuang dengan seikhlas hati, walaupun dugaan datang mendatang. semoga saya dapat menyenangkan hati pesakit yang sedan gundah, semoga saya dapat ease a bit of the pain kalaupun tidak kesekuruhannya, semoga saya dapat menjadi seseorang yang wajar dihormati, saya tahu laluan saya masih panjang, masih berliku, namun saya yakin dan percaya, Allah ada bersama dengan saya setiap ketika. dan saya tidak perlu takut akan apa2 yang lain. semoga rezeki saya murah, semoga pesakit2 saya cepat sembuh, semoga saya dapat berbakti dengan ikhlas. dan semoga saya diberi kesempatan untuk membalas budi baik, jasa emak dan abah, kakak2 tersayang, abang2 ipar yang tak pernah jemu bersama saya serta anak2 saudara yang saya sayangi.
terima kasih Tuhan. atas nikmat ini. kuatkan hatiku. semoga aku melangkah ke dunia baru ku pada hari Isnin ini dengan semangat yang jitu. kuatkan hatiku. permudahkan jalananku. Amin.
sorry entry saya kelam kabut ;p saya tak punya banyak masa untuk edit2 ;p hehe






1 comment:
Salam singgah..
Congratz Doc Riff..I'm hepy 4U.. Bestnya dpt p Tanah Suci..
Post a Comment